About Me

My photo
'Sesungguhnya manusia itu tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan sifat lupa'

Tuesday, March 31, 2009

Ketika dan kalimat- salin nota guna kamera

Salin nota menggunakan kamera

Masuk minggu yang berikutnya, aku sudah serik duduk di barisan belakang. Aku dan kawan-kawan yang lain saling mengingatkan agar tidak memilih barisan yang belakang semasa hendak duduk di dalam kelas. Sebelum pergi ke kelas, aku dan sahabat-sahabat yang lain menaiki bas untuk ke Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi( FBMK). Namun, hendak dijadikan cerita, pemandu bas yang bertugas menghantar kami agak lambat. Dia asyik berbual sehingga terleka bahawa ada pelajar yang sedang gelisah untuk sampai ke kelas. Oleh yang demikian, salah seorang pelajar terpaksa memanggil pemandu bas tersebut dan meminta dia menghantar kami ke FBMK dalam kadar masa yang segera. Tanpa berlengah, pemandu tersebut terus menghantar kami ke FBMK.

Fuhhhh!!! Lega betul apabila bas sudah mula bergerak ke destinasi yang dituju. Namun begitu, dalam hati masing-masing masih terdetik gelisah yang mengancam jiwa masing-masing. Sampai di FBMK jam di tangan menunjukkan lebih kurang jam 11.57 pagi. Tanpa berlengah lagi, semua pelajar yang turun dari bas berlari menuju ke kelas. Masing-masing menunjukkan bakat pelari pecut yang terpendam sekian lama. Bukan setakat yang berseluar yang berlari, yang berbaju kurung juga tidak kurang hebat menunjukkan bakat memecut. Ketika itu, rasa segan dan silu sudah hilang dek kerana takut dimarahi oleh Dr. Normaliza. Jika sebelum ini aku katakan bahawa lewat 30 minit pun tak apa, tapi kali ini lain pula jadinya. Lewat satu minit sahaja memang tak selamat punya dengan Dr. Normaliza tu. Begitulah ketegasan Dr. Normaliza. Beliau memang tidak pernah bagi muka pada pelajarnya.

Sesudah masuk ke kelas, Dr. terus memberikan kuliah. Ketika memberikan kuliah, sudah menjadi adat untuk para pelajar menyalin nota-nota yang ditayangkan di layar putih. Ketika para pelajar tekun dan terangguk-angguk menyalin nota, tiba-tiba Dr. mengarahkan para pelajar berhenti menulis.

“saya tak suka ada orang yang menulis ketika saya sedang bagi kuliah. Kalau awak semua nak nota ni, awak semua boleh ambil gambar waktu saya bercakap kat depan ni. Kata pelajar multimedia..jadi gunakanlah teknologi untuk ambil gambar. Tak nak tulis-tulis! Lambat!”

Kata-kata dan kalimat yang teratur dan tersusun yang keluar daripada mulut Dr. dituruti tanpa sebarang arahan. Bermula daripada saat itu maka flash kamera seringkali menyilaukan pandangan sewaktu berada dalam kelas BBM 3410. Apa boleh buat??? Nak nota punya pasal, jadi, silau pun silaulah.....








No comments:

Post a Comment