About Me

My photo
'Sesungguhnya manusia itu tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan sifat lupa'

Tuesday, November 24, 2009

manusia tak pernah mengenal erti puas?????

sewaktu di bangku sekolah :
"bestnye kalau aku belajar kat U....mesti tak boring. pergi kelas pun tak payah pakai baju sekolah yang skema...pastu tak payah buat kerja sekolah...biler la aku dpt blajo kat U ni eh????"
sewaktu di bangku bilik kuliah :
"bosannye duduk kat U nie..pagi ade kelas..ptg ade kelas..malam pun ade kelas...assignment banyak plak tu...buhsan betolll!!! Hmmmmm.....kalau aku dah kerja kan best..tak payah buat assignment huh"
sewaktu di bangku pejabat daerah (opis) :
"arghhhh!!!! tensen betul la keje ni!! byk betul keje kene buat. salah sket kene marah dgn bos. asek kene marah aje... bosannye!!!!! penat betul bekerja nie isk2=[ kalau aku nie baby kan bgus....mesti tak kene buat keje sekolah..tak kene buat assignment...tak kene buat keje..tak kene marah dgn bos....bestnye jd baby!!!!"
tuh la ragam manusia.. tak pernah mengenal erti puas.....

Wednesday, April 1, 2009

Ketika dan Kalimat-Terima Kasih Dr. Normaliza

Teima kasih Dr. Normaliza

Sepanjang belajar dalam kursus BBM 3410 ini, terlalu banyak cabaran dan dugaan yangterpaksa aku hadapi dan terpaksa aku terima. Cabaran-cabaran tersebut merupakan sesuatu yang begitu berharga bagiku kerana cabaran tersebut adalah pengalamn yang membuatkan aku lebih bersedia untuk menghadapi kemungkinan yang bakal berlaku selepas aku bergraduat kelak. Masih segar di ingatan ini, ketika pertama kali aku diberikan tugasan yang memerlukan aku menghantar tugasan pada waktu itu juga. Aku bersyukur kerana hikmah yang aku dapat daripada situasi tersebut adalah aku berjaya mengawal emosi diri sendiri walaupun ketika itu aku bekerja di dalam tekanan.

Masih terbayang saat-saat aku terpaksa ponteng kelas komunikasi semata-mata untuk menyelesaikan tugasan yang diberi tempoh hanya satu jam untuk aku menyiapkannya. Sekali lagi aku berterima kasih kepada Dr. Normaliza kerana tinadakannya mengajar aku erti hidup yang sebenar. Sesungguhnya, dalam kehidupan ini kita kena berani mengambil risiko walaupun pada saat itu kita terpaksa membuat pilihan yang bagi kita sama penting. Namun, itulah kehidupan yang sebenar, jika A menjadi pilihan kita maka B terpaksa kita lepaskan. Begitulah sebaliknya.

Terima kasih juga aku ucapkan kepada Dr. Normaliza kerana beliau mengajar aku untuk menjadi seorang yang berdisiplin tinggi. Contohnya, beliau sentiasa tegas dengan waktu. Tindakan beliau yang begitu punctual membuatkan aku berhati-hati dengan setiap langkah agar aku tidak ketinggalan pada waktu yang ditetapkan.

Terima kasih ini juga aku lahirkan dari dalam hati kerana beliau banyak memberi tunjuk ajar dalam bidang ini. Sesungguhnya beliau tidak lokek pada ilmu yang beliau ada. Beliau mengajar dengan sepenuh hati. Itu yang dapat aku lihat setiap minggu. Jadi, tidak hairanlah jika pelajar dimarahi sekiranya tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Memang wajar pun tindakan beliau itu.
Akhir kalam dan kalimat yang ingin aku sampaikan buat Dr. Normaliza binti Abd. Rahim, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana mengajar aku bukan sahaja dalam bidang Bahasa dalam Multimedia, bahkan dalam mencari erti kehidupan yang hakiki. Terima kasih yang tidak terhingga. Semoga Allah akan membalas jasa baik yang telah Dr. curahkan selama ini. Amin. Amin. Amin Ya Rabbal ‘alamin

Tuesday, March 31, 2009

Ketika dan Kalimat-pernim

Program mesra amal di PERNIM

Pada minggu ke-10 aku bersama ahli kumpulan duo dan kumpulan D’5 telah pergi ke rumah perlindungan pernim untuk menjalankan sebahagian aktiviti yang telah ditetapkan oleh Dr. untuk memenuhi kursus BBM 3410 ini. Sesungguhnya banyak perkara yang aku lalui dan pelajari sebelum membuat aktiviti tersebut. Ilmu pengurusan yang banyak aku pelajari ketika membuat program di kolej benar-benar membantu diriku untuk membuat program mesra amal di rumah perlindungan Pernim ini.

Sebelum membuat program tersebut, aku sekali lagi berperang dengan perasaan sendiri. Minggu tersebut aku banyak bermain dengan emosi kerana minggu ke-10 merupakan minggu menghantar assignment. Oleh sebab itu, minggu tersebut adalah minggu yang amat sibuk bg diriku. Bayangkan betapa aku tersiksa. Pada 8 mac aku menjadi Timbalan Pengarah bagi salah satu program yang dianjurkan oleh Kolej Tun Dr. Ismail iaitu Program Memoir Semalam ’09. Untuk melaksanakan program tersebut, aku terpaksa melalui pelbagai masalah contohnya seperti membuat kertas kerja yang berpuluh kali ditolak, berhadapan dengan pihak atasan yang agak melecehkan dan mementkan, berulang-alik ke Wiranda Sdn. Bhd. dan sebagainya. Perkara-perkara tersebut benar-benar memenatkan dan melelahkan aku. Pada 12 Mac 09 pula aku dikehendaki menghantar dua buah assignmen. Hal ini juga benar-benar memenatkan aku. Aku terpaksa mencari bahan-bahan yang banyak untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Namun aku terpaksa akur mengikuti sagala macam kerenah manusia di bumi milik Allah ini. Seterusnya pada 14 Mac 09, program mesra amal di rumah perlindungan Pernim di jalankan. Sebelum itu kami berhadapan dengan masalah ketiadaan kereta untuk disewa. Akhirnya, kami dapat juga menyewa sebuah kereta proton Iswara. Setelah ada kereta untuk disewa baru kami sedar bahawa kami tida pemandu. Sekali lagi ahli kumpulan kami menjadi tertekan dengan masalah yang melanda. Namun, berkat kesabaran akhirnya dapat juga kami meminta pertolongan daripada kami yang sudi membantu menjadi pemandu kami pada hari tersebut. Terima kasih kawanku. Pada hari kejadian pula, semasa menuju ke rumah perlindungan Pernim, kami sekali lagi berhadapan dengan masalah. Kami telah tersesat!!!!!! Sungguh membosankan ketika itu. Namun, syukur ke hadrat Allah akhirnya kami tiba juga di rumah perlindungan Pernim tersebut. Walaupun agak lewat namun semua aktiviti dapat dijalankan dengan lancar kerana kerjasama yang diberikan oleh pihak pernim. Terima kasih mama atas segala kerjasama yang pihak mama berikan pada kami. Keesokkan harinya, kami terpaksa berpenat lelah pula untuk menghadiri majlis Malam Apresiasi Keunggulan Tradisi (MAKT 09). MAKT 09 merupakan majlim makan malam rasmi kolej bagi meraikan pelajar tahun akhir di KTDI. Kami telah pergi ke majlis tersebut dalam keadaan mood yang penat kerana terlalu banyak kerja sepanjang minggu tersebut. Namun aku tetap bersyukur kerana semuanya dapat dilalui dengan tabah walaupun hakikatnya pada saat itu aku sudah ahmpir rebah.



Ketika dan Kalimat-ponteng kelas

Ponteng kelas lain demi kelas Dr. Normaliza

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Namun, setiap hari Rabu, perasaanku masih juga sama seperti hari Rabu yang sebelumnya. Takut. Gelisah. Gundah. Resah. Semuanya gara-gara ketegasan seorang pensyarah wanita yang dikenali ramai. Dr. Normaliza binti Abd. Rahim.

Di dalam kelas Dr. bukan hanya memberikan kuliah melalui nota sahaja. Beliau seringkali menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Pada awal kelas, beliau telah mengarahkan semua pelajar membuat kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan mestilah mempunyai seramai enam orang ahli kumpulan. Hal ini adalah untuk memudahkan pelajar menyelesaikan segala tugasan yang diberikan olehnya.

Minggu berikutnya, aku dan kawan-kawan yang lain dikehendaki membawa lima helai kertas lukisan bersaiz A3, pensel warna dan pensel. Pada hari tersebut, Dr. telah mengarahkan setiapkumpulan untuk menghasilkan e-majalah. Dalam e-majalah tersebut mestilah mengandungi produk-produk yang tertentu yang ingin dipasarkan oleh setiap kumpulan. Pemilihan produk yang ingin dipasarkan itu mestilah berbeza dengan produk-produk kumpulan lain. Oleh itu, kumpulan aku talah memilih untuk menghasilkan produk pakaian atau busana muslimah.

Aku dan kawan-kawan sekumpulan bertungkus lumus mencipta busana rekaan sendiri. Kami lukis hasil ciptaan kami itu di atas kertas lukisan yang dibawa. Setelah siap dilukis, kami dikehendaki mewarnakan hasil lukisan kami itu. Masa yang diberikan untuk menyiapkan tugasan tersebut hanya satu jam sahaja bermula pada jam 1.00 tengah hari sehingga jam 2.00 petang.

Detik berganti detik, saat bertukar saat, minit berubah minit dan jam berganti jam. Masa yang diberikan telah tamat sebelum kami sempat menyelesaikan semua tugasan kami. Masih terdapat beberapa lukisan yang belum sempat kami warna. Tanpa berfikir panjang, kami meneruskan kerja kami tanpa mempedulikan waktu yang kian beredar.

Walaupun jam telah menunjukkan jam 2.10 petang, kami masih tekad mewarnakan lukisan yang belum siap diwarna. Ketika itu, aku berperang dengan diri sendiri. Hal ini kerana, ketika itu aku ada kelas yang perlu aku hadiri. Berbeza dengan rakan-rakan lain yang tiada kelas pada ketika itu. Ikutkan rasa hati yang degil ini, ingin sahaja aku meninggalkan kelas tersebut dan berpindah ke kelas yang berikutnya. Namun atas rasa tanggungjawab terhadap ahli kumpulan yang lain, aku teruskan juga kerja-kerja mewarna lukisan yang belum siap diwarna itu. Aku nekad untuk ponteng kelas yang berikutnya hanya kerana untuk menyelesaikan segala tugasan yang diberikan oleh Dr. Normaliza binti Abd. Rahim. Aku pasrah kepada Allah. Mujurlah Dr. Nizam memahami situasi tersebut. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Dr. Nizam.


Ketika dan kalimat- salin nota guna kamera

Salin nota menggunakan kamera

Masuk minggu yang berikutnya, aku sudah serik duduk di barisan belakang. Aku dan kawan-kawan yang lain saling mengingatkan agar tidak memilih barisan yang belakang semasa hendak duduk di dalam kelas. Sebelum pergi ke kelas, aku dan sahabat-sahabat yang lain menaiki bas untuk ke Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi( FBMK). Namun, hendak dijadikan cerita, pemandu bas yang bertugas menghantar kami agak lambat. Dia asyik berbual sehingga terleka bahawa ada pelajar yang sedang gelisah untuk sampai ke kelas. Oleh yang demikian, salah seorang pelajar terpaksa memanggil pemandu bas tersebut dan meminta dia menghantar kami ke FBMK dalam kadar masa yang segera. Tanpa berlengah, pemandu tersebut terus menghantar kami ke FBMK.

Fuhhhh!!! Lega betul apabila bas sudah mula bergerak ke destinasi yang dituju. Namun begitu, dalam hati masing-masing masih terdetik gelisah yang mengancam jiwa masing-masing. Sampai di FBMK jam di tangan menunjukkan lebih kurang jam 11.57 pagi. Tanpa berlengah lagi, semua pelajar yang turun dari bas berlari menuju ke kelas. Masing-masing menunjukkan bakat pelari pecut yang terpendam sekian lama. Bukan setakat yang berseluar yang berlari, yang berbaju kurung juga tidak kurang hebat menunjukkan bakat memecut. Ketika itu, rasa segan dan silu sudah hilang dek kerana takut dimarahi oleh Dr. Normaliza. Jika sebelum ini aku katakan bahawa lewat 30 minit pun tak apa, tapi kali ini lain pula jadinya. Lewat satu minit sahaja memang tak selamat punya dengan Dr. Normaliza tu. Begitulah ketegasan Dr. Normaliza. Beliau memang tidak pernah bagi muka pada pelajarnya.

Sesudah masuk ke kelas, Dr. terus memberikan kuliah. Ketika memberikan kuliah, sudah menjadi adat untuk para pelajar menyalin nota-nota yang ditayangkan di layar putih. Ketika para pelajar tekun dan terangguk-angguk menyalin nota, tiba-tiba Dr. mengarahkan para pelajar berhenti menulis.

“saya tak suka ada orang yang menulis ketika saya sedang bagi kuliah. Kalau awak semua nak nota ni, awak semua boleh ambil gambar waktu saya bercakap kat depan ni. Kata pelajar multimedia..jadi gunakanlah teknologi untuk ambil gambar. Tak nak tulis-tulis! Lambat!”

Kata-kata dan kalimat yang teratur dan tersusun yang keluar daripada mulut Dr. dituruti tanpa sebarang arahan. Bermula daripada saat itu maka flash kamera seringkali menyilaukan pandangan sewaktu berada dalam kelas BBM 3410. Apa boleh buat??? Nak nota punya pasal, jadi, silau pun silaulah.....








Ketika dan Kalimat-'pelajar yang duduk belakang sekali tolong bangun'

“Pelajar yang duduk belakang sekali tolong bangun”

Minggu berikutnya, pada hari Rabu aku dan kawan-kawan yang lain pergi ke kelas BBM 3410 seperti kelas-kelas lain. Aku akui bahawa aku bukanlah pelajar yang begitu baik. Di dalam kelas, aku memang amat jarang untuk memenuhi kerusi-kerusi kosong yang terletak di hadapan. Aku lebih gemar memilih tempat duduk di barisan belakang kerana aku lebih selesa apabila duduk di barisan belakang. Oleh yang demikian, tanpa teragak-agak aku terus memilih tempat duduk yang belakang. Suasana di dalam kelas pada ketika itu agak bising. Maklumlah, baru minggu kedua hadir ke kuliah. Jadi, sudah pasti masih banyak cerita dari rumah yang hendak dikongsikan bersama rakan-rakan yang lain. Setiap pelajar yang ada pada ketika itu sedang asyik bercerita tanpa menyedari bahawa Dr. Normaliza sedang menuju ke arah kelas tersebut.

Sedang asyik berbual, tiba-tiba pintu bilik Jauhari yang tertutup rapat itu terbuka. Serentak dengan itu, masuk seorang wanita yang tidak asing lagi bagiku. Beliau yang aku maksudkan ialah Dr. Normaliza binti Abd. Rahim. Selepas meletakkan fail yang dibawa ke atas meja, beliau terus berdiri di rostrum. Keadaan kelas yang tadi bising tiba-tiba berubah menjadi senyap tanpa ada satu suara pun yang berbunyi.

“Assalamualaikum”
Bicara pertama yang dilafazkan oleh Dr. pada ketika itu. Salam dijawab dengan tenang pada ketika itu.
“pelajar yang duduk belakang sekali tolong bangun”
“Tolong penuhkan tempat kosong dihadapan. Saya tak suka tengok tempat kosong kat depan ni. Kalau awak semua tak nak tukar tempat saya potong markah kamu semua”.
Mendengar ugutan untuk memotong markah, maka pelajar-pelajar yang duduk di belakang tadi dengan pantas bangun untuk merebut tempat kosong yang masih ada di hadapan. Suasana di dalam kelas ketika itu agak bising seketika. Pelajar yang sudah sedia ada di tempat duduk barisan hadapan hanya ketawa melihat kawan-kawan yang berebut-rebut untuk memenuhi tempat duduk yang masih kosong di barisan hadapan.

Namun, malang sungguh bagi diriku kerana aku tidak berjaya merebut tempat kosong tersebut. Aku pasrah lalu kembali duduk di tempat asalku. Suasana yang tadinya bising kembali senyap.

“pelajar yang masih duduk kat belakang sila bangun dan sebutkan nombor matrik awak”.
Arahan yang diberikan oleh Dr. begitu jelas dan tegas sekali.
Aku hanya mampu bangun lalu menepuk dahi tanda kesal kerana tidak dapat merebut tempat untuk duduk di barisan hadapan.
“137356”
Jawabku, juga dengan jelas.
“sekali lagi saya tengok awak duduk dekat belakang, saya potong markah awak ye. Kelas, saya tak suka pelajar yang duduk kat bahagian belakang. Nampak awak tak bersungguh-sungguh kalau awak duduk kat belakang”.

Ketika dan Kalimat- Pengganti Dr. Normahdiah

Pengganti Dr. Normahdiah

Namun, sagalanya berubah ketika aku memulakan pelajaran dalam semester keenam. Semua perkara yang aku anggap remeh tiba-tiba menjadi sangat berat. Hal ini kerana aku telah ditakdirkan bertemu dengan seorang pensyarah yang bernama Dr. Normaliza binti Abd. Rahim. Dr. Normaliza merupakan pensyarah yang mengajar kursus BBM 3410 iaitu Bahasa dalam Multimedia. Dr. Normaliza merupakan seorang pensyarah wanita yang paling tegas yang pernah aku kenali di bumi UPM ini.

Pada mulanya, aku mengenali Dr. Normaliza kerana beliau merupakan penyelia kertas projek ilmiah yang bakal aku buat. Ketika itu aku masih berada dalam semester kelima lagi. Pertemuan pertama dengan Dr. Normaliza tidak menunjukkan sebarang petanda bahawa aku terpaksa berhadapan dengan seorang pensyarah yang amat tegas. Hal ini kerana, pada pertemuan kali pertama itu Dr. Normaliza langsung tidak menunjukkan bahawa dirinya begitu tegas. Pada ketika itu, aku berjumpa dengannya hanya untuk membincangkan tajuk projek ilmiah yang sesuai untuk aku tulis. Pada ketika itu, Dr. Banyak memberikan pandangan tentang tajuk yang sesuai. Ketika itu juga aku dapat merasakan bahawa Dr. merupakan seorang pensyarah yang agak sporting dek kerana sikapnya yang gemar berjenaka secara spontan.

Namun, kali kedua bertemu dengan Dr. Normaliza, aku sudah mula berasa sedikit gementar. Hal ini kerana pada pertemuan kali kedua itu, mood Dr. Agak kurang baik. Semasa di dalam biliknya untuk berbincang tentang projek ilmiah, tiba-tiba telefon bimbit Dr. berbunyi. Lantas Dr. menjawab panggilan tersebut. Semasa perbualan itu, dapat aku dengar bahawa Dr. sedang memarahi si pemanggil yang aku sendiri tidak tahu siapa gerangannya. Ketegasan Dr. pada ketika itu benar-benar membuatkan aku menjadi begitu gementar untuk berhadapan dengannya.

Sejurus selepas tamat berbual melalui telefon, Dr. kembali berbincang denganku mengenai projek ilmiah. Ketika itu, aku bersama rakan-rakan yang lain masih tidak faham sepenuhnya tentang projek ilmiah tersebut. Apabila disoal oleh Dr. tentang hal-hal yang berkaitan dengan projek ilmiah tersebut, aku bersama raka-rakan yang lain tergagap-gagap untuk menjawab pertanyaan tersebut. Hal tersebut membuatkan Dr. Normaliza terus marah kepada kami semua. Perkara tersebut sememangnya tidak dapat aku lupakan kerana perkara tersebut amat memberi tekanan kepadaku. Tambahan pula, aku merupakan seorang yang agak sensitif dan agak mudah menangis. Apabila orang mula meninggikan suara aku akan menjadi takut dan gementar. Hal ini akan menyebabkan aku akan menangis kerana aku sememangnya sensitif dengan situasi seperti itu.

Pernah juga aku berdoa agar Dr. tidak mengajar aku di dalam kelas. Hal ini bukan kerana aku membenci Dr. Normaliza tetapi kerana aku sangat takut dengan sikapnya yang agak tegas dan garang itu. Namun, selepas aku mendaftar kursus untuk semester enam, aku diberitahu bahawa Dr. Normahdiah, pensyarah yang sepatutnya mengajar aku kursus BBM 3410 , tidak dapat mengajar kerana beliau berhadapan dengan masalah kesihatan. Setelah aku selidik, pensyarah yang bakal menggantikan tempat Dr. Normahdiah adalah Dr. Normaliza. Di peringkat awal semasa aku mengetahui berita tersebut, aku menjadi begitu risau dan takut sekali. Aku mula memikirkan cara untuk berhadapan dengan Dr. Normaliza. Aku mula berperang dengan diri sendiri. Fikiranku mula ligat berfikir cara untuk mengelakkan diri daripada belajar dengan Dr. Normaliza. Namun apalah dayaku.....

Aku tiada pilihan lain. Mahu atau tidak, aku terpaksa juga berhadapan dengan pensyarah yang sangat tegas ini. Aku cuba memberikan keyakinan pada diri sendiri. Aku cuba memberanikan diri untuk masuk kelas dan belajar dengan Dr. Normaliza. Aku merelakan diriku untuk mengikuti kelas Dr. Normaliza walaupun pada hakikatnya aku rasa seolah-olah terpaksa.

Berkali-kali aku memujuk diri sendiri untuk menerima Dr. Normaliza sebagai pensyarah yang bakal menggantikan tempat Dr. Normahdiah. Aku mula berfikiran positif terhadap Dr. Normaliza.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Begitulah cara aku menyedapkan dan menenangkan hati sendiri. Aku sentiasa mengingatkan diriku bahawa pasti Allah menjanjikan yang terbaik untukku saat DIA menghantar Dr. Normaliza untuk mengajarkan kursus BBM 3410 tersebut. Berkat fikiran positif terhadap Dr. Normaliza, akhirnya aku redha dan pasrah untuk menjadi pelajarnya.

Minggu pertama semester keenam memulakan tirainya. Kelas BBM 3410 yang telah dijadualkan dalam kuliahku adalah pada setiap hari Rabu jam 12.00 tengah hari sehingga jam 2.00 petang. Pada pertemuan kali pertama di dalam kelas aku berasa lega. Hal ini kerana, pada pertemuan minggu pertama ini hanya sesi pengenalan tentang kursus BBM 3410 yang diberikan oleh pensyarah. Tambahan pula, pengenalan tentang kursus ini diberikan dengan penuh lemah lembut oleh Dr. Arbaie bin Sujud. Sesudah selesai sesi tersebut, Dr. Normaliza membuat sedikit penambahan berkenaan kursus tersebut. Selepas itu, para pelajar dibenarkan pulang awal kerana pada minggu tersebut, sesi pelajaran belum dimulakan lagi. Pada pertemuan kali pertama itu, aku berasa amat lega kerana tiada kesilapan yang berlaku. Alhamdulillah......

Ketika dan Kalimat-Indahnya Di Universiti

Indahnya di Universiti

Aku bernama Radzwa binti Jayis. Aku mula melangkah masuk ke Universiti Putra Malaysia pada tanggal 1 Julai 2006. Aku merupakan salah seorang pelajar B.A (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu). Aku mengambil jurusan ini kerana minatku yang mendalam terhadap Bahasa Melayu. Jurusan ini merupakan jurusan pertama pilihanku semasa aku mengisi borang kemasukan pelajar ke IPTA selepas tamat tingkatan enam. Pertama kali melangkah masuk ke UPM aku berasa begitu bersyukur kepada Allah kerana impian yang aku idamkan akhirnya menjadi kenyataan.

Namun, tidak dapat aku nafikan bahawa belajar di universiti jauh berbeza dengan belajar di sekolah dahulu. Belajar di universiti memerlukan aku untuk menjadi seorang pelajar yang berdikari. Segala maklumat perlu dicari sama ada di papan kenyataan ataupun di Pejabat Am fakulti. Jika di sekolah dahulu, sagala maklumat yang penting akan disampaikan oleh guru-guru kepada para pelajar. Dengan itu, para pelajar tidak perlu bersusah-payah untuk mencari segala maklumat penting. Namun fenomena sedemikian tiada lagi di universiti. Siapa yang lalai dan terleka untuk mendapatkan maklumat pasti akan ketinggalan. Semester pertama belajar di UPM begitu menyeronokkan. Bagiku kerja-kerja dan semua tugasan yang diberikan dapat aku selesaikan dalam jangka masa yang ditetapkan. Selain itu juga, belajar di universiti bagiku agak mudah kerana pensyarah yang mengajar tidak seperti guru-guru di sekolah yang sentiasa mengawal kehadiran pelajarnya. Sebaliknya, di universiti pensyarah memberikan kepercayaan seratus peratus kepada pelajar untuk hadir ke kelas. Sepanjang lima semester belajar di UPM tiada seorang pensyarah pun yang begitu tegas dalam hal-hal yang berkaitan dengan kehadiran pelajar ini. Aku juga pernah mengambil kesempatan untuk ponteng kelas. Namun aku masih berhati-hati agar kehadiranku cukup 80% agar aku boleh mengambil peperiksaan akhir. Selain itu, belajar di universiti juga tidak begitu terkawal oleh pensyarah. Hal ini begitu berbeza dengan keadaan di sekolah. Semasa di sekolah, sekiranya terlambat datang ke kelas, sudah pasti ada pengawas yang akan menjaga pagar dan mencatat nama pelajar yang lewat. Tetapi, di universiti lain pula keadaannya. Sekiranya pelajar lewat hadir ke kelas, pelajar tersebut masih boleh masuk ke kelas tanpa sebarang rasa bersalah. Pada mulanya aku berasa sungguh pelik melihat keadaan itu. Namun, akhirnya aku mula terbiasa dengan keadaan itu sehingga kadang-kadang aku turut tergolong dalam golongan pelajar yang datang lambat ke kelas. Walaupun lewat hampir setengah jam namun aku masih boleh masuk ke kelas tanpa dimarahi oleh pensyarah yang sudah mula mengajar waktu itu. Aku menjadi begitu seronok dan teruja dengan keadaan ini. Antara sedar ataupun tidak, aku sudah berada selama lima semester di universiti. Segalanya aku anggap mudah kerana aku tidak lagi dikawal atau didenda sekiranya melakukan kesalahan yang kecil.



Anugerah

Sepanjang keterlibatannya dalam bidang Bahasa Melayu ini, beliau telah mendapat anugerah.
Antara anugerah yang telah dikurniakan kepada beliau ialah Anugerah Penulis Skrip Terbaik pada tahun 1981 bersempena dengan Pesta Penulisan Antara Maktab Perguruan.
Pada tahun 1988 pula beliau merupakan pengasas Group Teater Universiti Putra Malaysia (GT UPM)

Tajuk Buku dan Artikel Surat Khabar yang Dihasilkan

Buku :
ACADEMIC BOOKMain Author : Mohd. Sharifudin Yusop
Co-Author : Mohd. Lani Sobi
Year : 2000
Title of Book : Sejarah dan Kritikan Sastera Melayu
Place of Publication : Petaling Jaya
Publisher : Longman
No. of Pages : 242


Main Author : Mohd./ Sharifudin Yusop
Year : 2002
Title of Book : Koleksi Jawapan Spesimen STPM, Kesuasteraan Melayu
Place of Publication : Petaling Jaya
Publisher : Longman
No. of Pages : 76


Tajuk Artikel yang Dihasilkan dalam Surat Khabar:
  • Masa Mengembalikan Citra Melayu
  • Dasar PPSMI bukan Jaminan Masa Depan Bahasa Melayu
  • Tolak Falsafah Pendekar Mustar
  • Teliti Isu Melayu Hingga Ke Akar Umbi
  • Hentikan Segala Bentuk Bahasa Retorik
  • Masyarakat Melayu Kena Kembali Kepada Citra 'Melayu Itu Islam'
  • Ciri-Ciri Pemimpin Melayu Mesti Dipelihara
  • Universiti Bukan Tempat Bulan Madu
  • Nizar Memalukan Orang Melayu

*untuk pengetahuan semua, Dr. Sharifudin menggunakan nama pena Dr. Sharifuddin Lubis.

Keterlibatan dalam Masyarakat

beliau bukan sahaja memegang jawatan sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa Melayu, bahkan beliau merupakan seorang yang sangat aktif dalam masyarakat. buktinya, beliau telah memegang beberapa jawatan lain dalam kelompok masyarakat setempat. antara jawatan yang disandang oleh beliau ialah :
  • Pengerusi Persatuan Penduduk.
  • Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
  • Pengerusi Koperasi IMAN.
  • Timbalan Pengerusi Surau.
  • Persatuan Ikatan Kebajikan Mandaling Malaysia.
  • Biro Penyelidikan dan Kebudayaan.
  • Ketua Adat Kumpulan Mandaling.

Tahap Pendidikan Pakar Bahasa yang Dipilih

  • mendapat pendidikan awal sejak sekolah rendah hingga tamat tingkatan lima di Methodist English School.
  • melanjutkan pelajaran dalam tingkatan enam.
  • melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
  • pada tahun 1987 menyambung pelajaran di peringakat ijazah dalam jurusan PBMP di UPM, Serdang.
  • pada tahun 1995 melanjutkan pelajaran di peringkat Master di UKM.
  • pada tahun 2003 menyambung lagi pelajaran di peringkat Doktor Falsafah juga di UKM.
  • kini, bertugas sebagai salah seorang Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM, Serdang, Selangor.

Monday, March 30, 2009

Latar Belakang Penulis

Dr. Mohd. Sharifudin bin Yusop telah dilahirkan pada 1960.
Beliau berasal dari negeri Perak Darul Ridzuan.
Beliau merupakan seorang yang berketurunan Mandaling.
Beliau telah mendapat pendidikan awal di Methodist School sejak sekolah rendah sehingga tamat sekolah menengah.
Menurut beliau, semasa bersekolah di Methodist School, bilangan pelajar Cina mengatasi bilangan pelajar Melayu. Akibatnya, pelajar Melayu pada ketika itu menjadi kaum minoriti semasa di dalam kelas.

Pakar Bahasa Pilihan Hati

setelah mendapat tugasan daripada Cik Nurul, maka pelajar-pelajar BBM 3410 mula sibuk mencari pakar @ tokoh bahasa yang sesuai untuk ditemu ramah. Aku tak terkecuali mencari penulis yang sesuai untuk aku temu ramah. Walaupun dalam keadaan yang agak sibuk dengan kertas projek ilmiah dan tugasan yang belum siap, aku dan kawan-kawan cuba mencuri masa sendiri untuk melaksanakan tanggungjawab ini.

Akhirnya aku memilih Dr. Mohd. Sharifudin sebagai penulis yang bakal aku temu ramah. Pada 25hb Mac 2009 aku pergi ke bilik Dr. Pada mulanya aku hanya ingin membuat temu janji dan memilih tarikh yang sesuai untuk aku menjalankan sesi temu ramah itu. Namun, kerjasama yang diberikan oleh Dr. Sharifudin memudahkan dan membolehkan temu ramah tersebut terus dijalankan.

Begitulah mudahnya berurusan dengan seorang pensyarah yang bersikap rendah diri. Alhamdulillah...

Saya Budak Baru Belajar


assalamualaikum..

hi kawan-kawan!!!!

selamat menyusuri blog baru aku ni ye...

ehehhhhh =]


sebenarnya aku ni belum pandai buat blog..

aku ni ibarat..

"buah cempedak di luar pagar,

ambil galah tolong jolokkan,

saya budak baru belajar,

kalau salah tolong tunjukkan".


Wassalam