About Me

My photo
'Sesungguhnya manusia itu tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan sifat lupa'

Tuesday, March 31, 2009

Ketika dan Kalimat- Pengganti Dr. Normahdiah

Pengganti Dr. Normahdiah

Namun, sagalanya berubah ketika aku memulakan pelajaran dalam semester keenam. Semua perkara yang aku anggap remeh tiba-tiba menjadi sangat berat. Hal ini kerana aku telah ditakdirkan bertemu dengan seorang pensyarah yang bernama Dr. Normaliza binti Abd. Rahim. Dr. Normaliza merupakan pensyarah yang mengajar kursus BBM 3410 iaitu Bahasa dalam Multimedia. Dr. Normaliza merupakan seorang pensyarah wanita yang paling tegas yang pernah aku kenali di bumi UPM ini.

Pada mulanya, aku mengenali Dr. Normaliza kerana beliau merupakan penyelia kertas projek ilmiah yang bakal aku buat. Ketika itu aku masih berada dalam semester kelima lagi. Pertemuan pertama dengan Dr. Normaliza tidak menunjukkan sebarang petanda bahawa aku terpaksa berhadapan dengan seorang pensyarah yang amat tegas. Hal ini kerana, pada pertemuan kali pertama itu Dr. Normaliza langsung tidak menunjukkan bahawa dirinya begitu tegas. Pada ketika itu, aku berjumpa dengannya hanya untuk membincangkan tajuk projek ilmiah yang sesuai untuk aku tulis. Pada ketika itu, Dr. Banyak memberikan pandangan tentang tajuk yang sesuai. Ketika itu juga aku dapat merasakan bahawa Dr. merupakan seorang pensyarah yang agak sporting dek kerana sikapnya yang gemar berjenaka secara spontan.

Namun, kali kedua bertemu dengan Dr. Normaliza, aku sudah mula berasa sedikit gementar. Hal ini kerana pada pertemuan kali kedua itu, mood Dr. Agak kurang baik. Semasa di dalam biliknya untuk berbincang tentang projek ilmiah, tiba-tiba telefon bimbit Dr. berbunyi. Lantas Dr. menjawab panggilan tersebut. Semasa perbualan itu, dapat aku dengar bahawa Dr. sedang memarahi si pemanggil yang aku sendiri tidak tahu siapa gerangannya. Ketegasan Dr. pada ketika itu benar-benar membuatkan aku menjadi begitu gementar untuk berhadapan dengannya.

Sejurus selepas tamat berbual melalui telefon, Dr. kembali berbincang denganku mengenai projek ilmiah. Ketika itu, aku bersama rakan-rakan yang lain masih tidak faham sepenuhnya tentang projek ilmiah tersebut. Apabila disoal oleh Dr. tentang hal-hal yang berkaitan dengan projek ilmiah tersebut, aku bersama raka-rakan yang lain tergagap-gagap untuk menjawab pertanyaan tersebut. Hal tersebut membuatkan Dr. Normaliza terus marah kepada kami semua. Perkara tersebut sememangnya tidak dapat aku lupakan kerana perkara tersebut amat memberi tekanan kepadaku. Tambahan pula, aku merupakan seorang yang agak sensitif dan agak mudah menangis. Apabila orang mula meninggikan suara aku akan menjadi takut dan gementar. Hal ini akan menyebabkan aku akan menangis kerana aku sememangnya sensitif dengan situasi seperti itu.

Pernah juga aku berdoa agar Dr. tidak mengajar aku di dalam kelas. Hal ini bukan kerana aku membenci Dr. Normaliza tetapi kerana aku sangat takut dengan sikapnya yang agak tegas dan garang itu. Namun, selepas aku mendaftar kursus untuk semester enam, aku diberitahu bahawa Dr. Normahdiah, pensyarah yang sepatutnya mengajar aku kursus BBM 3410 , tidak dapat mengajar kerana beliau berhadapan dengan masalah kesihatan. Setelah aku selidik, pensyarah yang bakal menggantikan tempat Dr. Normahdiah adalah Dr. Normaliza. Di peringkat awal semasa aku mengetahui berita tersebut, aku menjadi begitu risau dan takut sekali. Aku mula memikirkan cara untuk berhadapan dengan Dr. Normaliza. Aku mula berperang dengan diri sendiri. Fikiranku mula ligat berfikir cara untuk mengelakkan diri daripada belajar dengan Dr. Normaliza. Namun apalah dayaku.....

Aku tiada pilihan lain. Mahu atau tidak, aku terpaksa juga berhadapan dengan pensyarah yang sangat tegas ini. Aku cuba memberikan keyakinan pada diri sendiri. Aku cuba memberanikan diri untuk masuk kelas dan belajar dengan Dr. Normaliza. Aku merelakan diriku untuk mengikuti kelas Dr. Normaliza walaupun pada hakikatnya aku rasa seolah-olah terpaksa.

Berkali-kali aku memujuk diri sendiri untuk menerima Dr. Normaliza sebagai pensyarah yang bakal menggantikan tempat Dr. Normahdiah. Aku mula berfikiran positif terhadap Dr. Normaliza.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Begitulah cara aku menyedapkan dan menenangkan hati sendiri. Aku sentiasa mengingatkan diriku bahawa pasti Allah menjanjikan yang terbaik untukku saat DIA menghantar Dr. Normaliza untuk mengajarkan kursus BBM 3410 tersebut. Berkat fikiran positif terhadap Dr. Normaliza, akhirnya aku redha dan pasrah untuk menjadi pelajarnya.

Minggu pertama semester keenam memulakan tirainya. Kelas BBM 3410 yang telah dijadualkan dalam kuliahku adalah pada setiap hari Rabu jam 12.00 tengah hari sehingga jam 2.00 petang. Pada pertemuan kali pertama di dalam kelas aku berasa lega. Hal ini kerana, pada pertemuan minggu pertama ini hanya sesi pengenalan tentang kursus BBM 3410 yang diberikan oleh pensyarah. Tambahan pula, pengenalan tentang kursus ini diberikan dengan penuh lemah lembut oleh Dr. Arbaie bin Sujud. Sesudah selesai sesi tersebut, Dr. Normaliza membuat sedikit penambahan berkenaan kursus tersebut. Selepas itu, para pelajar dibenarkan pulang awal kerana pada minggu tersebut, sesi pelajaran belum dimulakan lagi. Pada pertemuan kali pertama itu, aku berasa amat lega kerana tiada kesilapan yang berlaku. Alhamdulillah......

No comments:

Post a Comment