About Me

My photo
'Sesungguhnya manusia itu tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan sifat lupa'

Tuesday, March 31, 2009

Ketika dan Kalimat-ponteng kelas

Ponteng kelas lain demi kelas Dr. Normaliza

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Namun, setiap hari Rabu, perasaanku masih juga sama seperti hari Rabu yang sebelumnya. Takut. Gelisah. Gundah. Resah. Semuanya gara-gara ketegasan seorang pensyarah wanita yang dikenali ramai. Dr. Normaliza binti Abd. Rahim.

Di dalam kelas Dr. bukan hanya memberikan kuliah melalui nota sahaja. Beliau seringkali menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Pada awal kelas, beliau telah mengarahkan semua pelajar membuat kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan mestilah mempunyai seramai enam orang ahli kumpulan. Hal ini adalah untuk memudahkan pelajar menyelesaikan segala tugasan yang diberikan olehnya.

Minggu berikutnya, aku dan kawan-kawan yang lain dikehendaki membawa lima helai kertas lukisan bersaiz A3, pensel warna dan pensel. Pada hari tersebut, Dr. telah mengarahkan setiapkumpulan untuk menghasilkan e-majalah. Dalam e-majalah tersebut mestilah mengandungi produk-produk yang tertentu yang ingin dipasarkan oleh setiap kumpulan. Pemilihan produk yang ingin dipasarkan itu mestilah berbeza dengan produk-produk kumpulan lain. Oleh itu, kumpulan aku talah memilih untuk menghasilkan produk pakaian atau busana muslimah.

Aku dan kawan-kawan sekumpulan bertungkus lumus mencipta busana rekaan sendiri. Kami lukis hasil ciptaan kami itu di atas kertas lukisan yang dibawa. Setelah siap dilukis, kami dikehendaki mewarnakan hasil lukisan kami itu. Masa yang diberikan untuk menyiapkan tugasan tersebut hanya satu jam sahaja bermula pada jam 1.00 tengah hari sehingga jam 2.00 petang.

Detik berganti detik, saat bertukar saat, minit berubah minit dan jam berganti jam. Masa yang diberikan telah tamat sebelum kami sempat menyelesaikan semua tugasan kami. Masih terdapat beberapa lukisan yang belum sempat kami warna. Tanpa berfikir panjang, kami meneruskan kerja kami tanpa mempedulikan waktu yang kian beredar.

Walaupun jam telah menunjukkan jam 2.10 petang, kami masih tekad mewarnakan lukisan yang belum siap diwarna. Ketika itu, aku berperang dengan diri sendiri. Hal ini kerana, ketika itu aku ada kelas yang perlu aku hadiri. Berbeza dengan rakan-rakan lain yang tiada kelas pada ketika itu. Ikutkan rasa hati yang degil ini, ingin sahaja aku meninggalkan kelas tersebut dan berpindah ke kelas yang berikutnya. Namun atas rasa tanggungjawab terhadap ahli kumpulan yang lain, aku teruskan juga kerja-kerja mewarna lukisan yang belum siap diwarna itu. Aku nekad untuk ponteng kelas yang berikutnya hanya kerana untuk menyelesaikan segala tugasan yang diberikan oleh Dr. Normaliza binti Abd. Rahim. Aku pasrah kepada Allah. Mujurlah Dr. Nizam memahami situasi tersebut. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Dr. Nizam.


1 comment:

  1. hahaha kekadang perasaan cuak camtu best gak kan?? hehehe

    ReplyDelete