About Me

My photo
'Sesungguhnya manusia itu tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan sifat lupa'

Monday, February 14, 2011

SAMPAI SERU SUDAH =]

Assalamualaikum...


Hai kawan2 yang disayangi kerana Allah..

Perghhh..lame betul tak menaip kat ruangan nie..

takde idea yang nak dikongsikan bersama..

apepun skrg ni aku kembali dengan satu kejutan dan jemputan...ehehhhh =p


Kepada semua yang membaca coretan ini, aku dengan rase rendah diri, berbesar hati ingin menjemput kalian semua ke Majlis Perkahwinanku seperti ketetapan berikut...



TARIKH : 5 MAC 2011(SABTU)

MASA : 11 PG - 5 PTG

TEMPAT : DEWAN MAWAR, KG. MUHIBAH, 83000 PESERAI,

BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM.



Harapan aku, semoga kalian yang membaca coretan ini dapat hadir untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinanku ini. Aku jugak mohon doa dari kalian semua..

Doakan agar aku dapat menjadi seorang isteri yang sentiasa menyenangkan dan menggembirakan serta membahagiakan suamiku sekaligus dapat menjadi seorang isteri yang diredhai Allah..
Doakan juga agar jodohku bersama suami akan berkekalan hingga ke akhir hayat...

Amin..

Amin...

Amin....


Semoga dengan kehadiran kalian semua dapat menambah lagi seri majlis perkahwinanku ini..
Sekian, untuk kali ini, wassalam....

Sunday, September 12, 2010

SALAM AIDILFITRI, SALAM KEMAAFAN...

Assalamualaikum...
Rindu rasenye mencoret sesuatu di lembaran yang tidak berhelai ini. Tiada ungkapan yang istimewa untuk dihidangkan..tiada jua santapan murni untuk dijamukan kepada kalian. Namun dari kejauhan yang diselimuti kerinduan yang teramat, disebalik kerendahan hati, disebalik memori kenangan terindah yang senantiasa mengusik jiwa yang dahaga ini, aku menyusun sepuluh jari memohon keampunan Illahi.. Tak lupa jua aku sebagai insan kerdil yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan, menyusun jari jemari memohon kemaafan daripada kalian semua. Maaf Zahir dan Batin atas segala kedangkalan bicara, kekasaran tutur kata, kesalahan diri, kekhilafan jiwa, dan segala ketidakwarasan tindakan yang mungkin melukai kalian. SALAM AIDILFITRI 1431H. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
WASSALAM....

Thursday, May 13, 2010

Perlu ke menipu untuk mendapatkan bantuan??????

Dengan Nama ALLAH Yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI.......

Assaalamualaikum...
Lame betul aku tinggalkan ruangan nie..hari nie ada sedikit kelapangan masa..
Tu yg aku sempat nak mencoret sesuatu di sinie..
Akhir2 nie.. banyak betul kerja yang datang.
Bertimpa-timpa kerja sehingga masa untuk diri sendiri pun tiada.
Kadang-kadang aku rase lemas dan rimas dengan kerja aku ni.
Aku kerja untuk membasmi kemiskinan.
Ape yang merimaskan aku ialah ramai sangat orang awam yang datang untuk memohon bantuan kerajaan. Ramai yang datang mengaku miskin. Menceritakan kesusahan sehingga sanggup menitiskan air mata demi meraih simpati. Naluri wanita memang akan rase begitu kasihan. Untuk meluluskan dan menghulurkan bantuan, aku harus membuat siasatan terlebih dahulu. Tatkala siasatan dibuat, mulalah rimas aku datang. Aku rimas dengan penipuan orang kita yang sanggup mengaku miskin sedangkan hidupnya tidaklah semiskin yang diceritakan. Perlu ke menipu untuk mendapatkan bantuan??????
Rumah sederhana besar. Tak kecil pun rumah mereka. Ada kereta. Ada motorsikal. Ada anak2 yang telah dewasa namun tidak bekerja. Bila ditanya kenapa tidak bekerja?? Jawapannya hanya senyuman yang tersipu2...selepas senyum, si anak berkata 'nantilah saya kerja'....
Nak kata OKU, tidak pula. Alhamdulillah, sempurna fizikalnya. Tapi malas bekerja. Katanya memang tak pernah mencari kerja. Adoiyaiiiiii.... Bila agaknya orang kita nak sedar??? Bila orang kita nak berubah??? Bila orang kita nak maju??? entahlah... Jika begini cara pemikiran orang kita, nampaknya kesusahan akan diwarisi oleh generasi akan datang. Rimas betul dengan gelagat manusia yang mahu kehidupan yang senang namun malas untuk berusaha. Rimas!!!
Semoga luahan ini dapat aku jadikan pengajaran. Amin. Jangan menipu dan merapu supaya terus maju!!!!!

Monday, February 1, 2010

assalamualaikum.........
lama rasenya tak mencoret isi hati kat snie...
semuanya gara2 keje yang tak pernah habis ..penat betul rupenye bekerja ni..
tapi aku cukup bersyukur ke hadrat Allah yang Maha Berkuasa..Sekurang2nye seksa dan derita aku di PDKj telah berakhir. sekarang ni aku harus mulakan satu lembaran baru di PDBP. 1 Februari sesungguhnye memberi erti yang mendalam kerana aku telah bertukar untuk bekerja di PDBP. Segala doa dan harapan aku untuk bertugas dekat dengan kedua-dua orang tua di BP akhirnya tercapai.. ALHAMDULILLAH............terima kasih Ya Allah..

Tuesday, November 24, 2009

manusia tak pernah mengenal erti puas?????

sewaktu di bangku sekolah :
"bestnye kalau aku belajar kat U....mesti tak boring. pergi kelas pun tak payah pakai baju sekolah yang skema...pastu tak payah buat kerja sekolah...biler la aku dpt blajo kat U ni eh????"
sewaktu di bangku bilik kuliah :
"bosannye duduk kat U nie..pagi ade kelas..ptg ade kelas..malam pun ade kelas...assignment banyak plak tu...buhsan betolll!!! Hmmmmm.....kalau aku dah kerja kan best..tak payah buat assignment huh"
sewaktu di bangku pejabat daerah (opis) :
"arghhhh!!!! tensen betul la keje ni!! byk betul keje kene buat. salah sket kene marah dgn bos. asek kene marah aje... bosannye!!!!! penat betul bekerja nie isk2=[ kalau aku nie baby kan bgus....mesti tak kene buat keje sekolah..tak kene buat assignment...tak kene buat keje..tak kene marah dgn bos....bestnye jd baby!!!!"
tuh la ragam manusia.. tak pernah mengenal erti puas.....

Wednesday, April 1, 2009

Ketika dan Kalimat-Terima Kasih Dr. Normaliza

Teima kasih Dr. Normaliza

Sepanjang belajar dalam kursus BBM 3410 ini, terlalu banyak cabaran dan dugaan yangterpaksa aku hadapi dan terpaksa aku terima. Cabaran-cabaran tersebut merupakan sesuatu yang begitu berharga bagiku kerana cabaran tersebut adalah pengalamn yang membuatkan aku lebih bersedia untuk menghadapi kemungkinan yang bakal berlaku selepas aku bergraduat kelak. Masih segar di ingatan ini, ketika pertama kali aku diberikan tugasan yang memerlukan aku menghantar tugasan pada waktu itu juga. Aku bersyukur kerana hikmah yang aku dapat daripada situasi tersebut adalah aku berjaya mengawal emosi diri sendiri walaupun ketika itu aku bekerja di dalam tekanan.

Masih terbayang saat-saat aku terpaksa ponteng kelas komunikasi semata-mata untuk menyelesaikan tugasan yang diberi tempoh hanya satu jam untuk aku menyiapkannya. Sekali lagi aku berterima kasih kepada Dr. Normaliza kerana tinadakannya mengajar aku erti hidup yang sebenar. Sesungguhnya, dalam kehidupan ini kita kena berani mengambil risiko walaupun pada saat itu kita terpaksa membuat pilihan yang bagi kita sama penting. Namun, itulah kehidupan yang sebenar, jika A menjadi pilihan kita maka B terpaksa kita lepaskan. Begitulah sebaliknya.

Terima kasih juga aku ucapkan kepada Dr. Normaliza kerana beliau mengajar aku untuk menjadi seorang yang berdisiplin tinggi. Contohnya, beliau sentiasa tegas dengan waktu. Tindakan beliau yang begitu punctual membuatkan aku berhati-hati dengan setiap langkah agar aku tidak ketinggalan pada waktu yang ditetapkan.

Terima kasih ini juga aku lahirkan dari dalam hati kerana beliau banyak memberi tunjuk ajar dalam bidang ini. Sesungguhnya beliau tidak lokek pada ilmu yang beliau ada. Beliau mengajar dengan sepenuh hati. Itu yang dapat aku lihat setiap minggu. Jadi, tidak hairanlah jika pelajar dimarahi sekiranya tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Memang wajar pun tindakan beliau itu.
Akhir kalam dan kalimat yang ingin aku sampaikan buat Dr. Normaliza binti Abd. Rahim, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana mengajar aku bukan sahaja dalam bidang Bahasa dalam Multimedia, bahkan dalam mencari erti kehidupan yang hakiki. Terima kasih yang tidak terhingga. Semoga Allah akan membalas jasa baik yang telah Dr. curahkan selama ini. Amin. Amin. Amin Ya Rabbal ‘alamin

Tuesday, March 31, 2009

Ketika dan Kalimat-pernim

Program mesra amal di PERNIM

Pada minggu ke-10 aku bersama ahli kumpulan duo dan kumpulan D’5 telah pergi ke rumah perlindungan pernim untuk menjalankan sebahagian aktiviti yang telah ditetapkan oleh Dr. untuk memenuhi kursus BBM 3410 ini. Sesungguhnya banyak perkara yang aku lalui dan pelajari sebelum membuat aktiviti tersebut. Ilmu pengurusan yang banyak aku pelajari ketika membuat program di kolej benar-benar membantu diriku untuk membuat program mesra amal di rumah perlindungan Pernim ini.

Sebelum membuat program tersebut, aku sekali lagi berperang dengan perasaan sendiri. Minggu tersebut aku banyak bermain dengan emosi kerana minggu ke-10 merupakan minggu menghantar assignment. Oleh sebab itu, minggu tersebut adalah minggu yang amat sibuk bg diriku. Bayangkan betapa aku tersiksa. Pada 8 mac aku menjadi Timbalan Pengarah bagi salah satu program yang dianjurkan oleh Kolej Tun Dr. Ismail iaitu Program Memoir Semalam ’09. Untuk melaksanakan program tersebut, aku terpaksa melalui pelbagai masalah contohnya seperti membuat kertas kerja yang berpuluh kali ditolak, berhadapan dengan pihak atasan yang agak melecehkan dan mementkan, berulang-alik ke Wiranda Sdn. Bhd. dan sebagainya. Perkara-perkara tersebut benar-benar memenatkan dan melelahkan aku. Pada 12 Mac 09 pula aku dikehendaki menghantar dua buah assignmen. Hal ini juga benar-benar memenatkan aku. Aku terpaksa mencari bahan-bahan yang banyak untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Namun aku terpaksa akur mengikuti sagala macam kerenah manusia di bumi milik Allah ini. Seterusnya pada 14 Mac 09, program mesra amal di rumah perlindungan Pernim di jalankan. Sebelum itu kami berhadapan dengan masalah ketiadaan kereta untuk disewa. Akhirnya, kami dapat juga menyewa sebuah kereta proton Iswara. Setelah ada kereta untuk disewa baru kami sedar bahawa kami tida pemandu. Sekali lagi ahli kumpulan kami menjadi tertekan dengan masalah yang melanda. Namun, berkat kesabaran akhirnya dapat juga kami meminta pertolongan daripada kami yang sudi membantu menjadi pemandu kami pada hari tersebut. Terima kasih kawanku. Pada hari kejadian pula, semasa menuju ke rumah perlindungan Pernim, kami sekali lagi berhadapan dengan masalah. Kami telah tersesat!!!!!! Sungguh membosankan ketika itu. Namun, syukur ke hadrat Allah akhirnya kami tiba juga di rumah perlindungan Pernim tersebut. Walaupun agak lewat namun semua aktiviti dapat dijalankan dengan lancar kerana kerjasama yang diberikan oleh pihak pernim. Terima kasih mama atas segala kerjasama yang pihak mama berikan pada kami. Keesokkan harinya, kami terpaksa berpenat lelah pula untuk menghadiri majlis Malam Apresiasi Keunggulan Tradisi (MAKT 09). MAKT 09 merupakan majlim makan malam rasmi kolej bagi meraikan pelajar tahun akhir di KTDI. Kami telah pergi ke majlis tersebut dalam keadaan mood yang penat kerana terlalu banyak kerja sepanjang minggu tersebut. Namun aku tetap bersyukur kerana semuanya dapat dilalui dengan tabah walaupun hakikatnya pada saat itu aku sudah ahmpir rebah.