About Me

My photo
'Sesungguhnya manusia itu tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan sifat lupa'

Thursday, May 13, 2010

Perlu ke menipu untuk mendapatkan bantuan??????

Dengan Nama ALLAH Yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI.......

Assaalamualaikum...
Lame betul aku tinggalkan ruangan nie..hari nie ada sedikit kelapangan masa..
Tu yg aku sempat nak mencoret sesuatu di sinie..
Akhir2 nie.. banyak betul kerja yang datang.
Bertimpa-timpa kerja sehingga masa untuk diri sendiri pun tiada.
Kadang-kadang aku rase lemas dan rimas dengan kerja aku ni.
Aku kerja untuk membasmi kemiskinan.
Ape yang merimaskan aku ialah ramai sangat orang awam yang datang untuk memohon bantuan kerajaan. Ramai yang datang mengaku miskin. Menceritakan kesusahan sehingga sanggup menitiskan air mata demi meraih simpati. Naluri wanita memang akan rase begitu kasihan. Untuk meluluskan dan menghulurkan bantuan, aku harus membuat siasatan terlebih dahulu. Tatkala siasatan dibuat, mulalah rimas aku datang. Aku rimas dengan penipuan orang kita yang sanggup mengaku miskin sedangkan hidupnya tidaklah semiskin yang diceritakan. Perlu ke menipu untuk mendapatkan bantuan??????
Rumah sederhana besar. Tak kecil pun rumah mereka. Ada kereta. Ada motorsikal. Ada anak2 yang telah dewasa namun tidak bekerja. Bila ditanya kenapa tidak bekerja?? Jawapannya hanya senyuman yang tersipu2...selepas senyum, si anak berkata 'nantilah saya kerja'....
Nak kata OKU, tidak pula. Alhamdulillah, sempurna fizikalnya. Tapi malas bekerja. Katanya memang tak pernah mencari kerja. Adoiyaiiiiii.... Bila agaknya orang kita nak sedar??? Bila orang kita nak berubah??? Bila orang kita nak maju??? entahlah... Jika begini cara pemikiran orang kita, nampaknya kesusahan akan diwarisi oleh generasi akan datang. Rimas betul dengan gelagat manusia yang mahu kehidupan yang senang namun malas untuk berusaha. Rimas!!!
Semoga luahan ini dapat aku jadikan pengajaran. Amin. Jangan menipu dan merapu supaya terus maju!!!!!

2 comments:

  1. salam... memang lama tak update... bukan setakat rimas jer... menyampah sesangat ngan perangai orang yang macam tuh... sama macam perangan bani israel yang malas berusaha dan suka meminta-minta kepada nabi musa... Saya bukan samakan orang melayu dengan israel tapi perangai tu yang sama... PEACE...

    ReplyDelete