About Me

My photo
'Sesungguhnya manusia itu tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan sifat lupa'

Wednesday, April 1, 2009

Ketika dan Kalimat-Terima Kasih Dr. Normaliza

Teima kasih Dr. Normaliza

Sepanjang belajar dalam kursus BBM 3410 ini, terlalu banyak cabaran dan dugaan yangterpaksa aku hadapi dan terpaksa aku terima. Cabaran-cabaran tersebut merupakan sesuatu yang begitu berharga bagiku kerana cabaran tersebut adalah pengalamn yang membuatkan aku lebih bersedia untuk menghadapi kemungkinan yang bakal berlaku selepas aku bergraduat kelak. Masih segar di ingatan ini, ketika pertama kali aku diberikan tugasan yang memerlukan aku menghantar tugasan pada waktu itu juga. Aku bersyukur kerana hikmah yang aku dapat daripada situasi tersebut adalah aku berjaya mengawal emosi diri sendiri walaupun ketika itu aku bekerja di dalam tekanan.

Masih terbayang saat-saat aku terpaksa ponteng kelas komunikasi semata-mata untuk menyelesaikan tugasan yang diberi tempoh hanya satu jam untuk aku menyiapkannya. Sekali lagi aku berterima kasih kepada Dr. Normaliza kerana tinadakannya mengajar aku erti hidup yang sebenar. Sesungguhnya, dalam kehidupan ini kita kena berani mengambil risiko walaupun pada saat itu kita terpaksa membuat pilihan yang bagi kita sama penting. Namun, itulah kehidupan yang sebenar, jika A menjadi pilihan kita maka B terpaksa kita lepaskan. Begitulah sebaliknya.

Terima kasih juga aku ucapkan kepada Dr. Normaliza kerana beliau mengajar aku untuk menjadi seorang yang berdisiplin tinggi. Contohnya, beliau sentiasa tegas dengan waktu. Tindakan beliau yang begitu punctual membuatkan aku berhati-hati dengan setiap langkah agar aku tidak ketinggalan pada waktu yang ditetapkan.

Terima kasih ini juga aku lahirkan dari dalam hati kerana beliau banyak memberi tunjuk ajar dalam bidang ini. Sesungguhnya beliau tidak lokek pada ilmu yang beliau ada. Beliau mengajar dengan sepenuh hati. Itu yang dapat aku lihat setiap minggu. Jadi, tidak hairanlah jika pelajar dimarahi sekiranya tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Memang wajar pun tindakan beliau itu.
Akhir kalam dan kalimat yang ingin aku sampaikan buat Dr. Normaliza binti Abd. Rahim, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana mengajar aku bukan sahaja dalam bidang Bahasa dalam Multimedia, bahkan dalam mencari erti kehidupan yang hakiki. Terima kasih yang tidak terhingga. Semoga Allah akan membalas jasa baik yang telah Dr. curahkan selama ini. Amin. Amin. Amin Ya Rabbal ‘alamin

1 comment:

  1. lamanya tak buat n3 baru... takpe dkama tolong sapu habuk2 kat blog nih... dah berabuk dah.. hahaha

    ReplyDelete